Total Pageviews

Tuesday, January 18, 2011

THE BIGGEST UPTOWN IN MALAYSIA




PENGENALAN


Panca Sirna (M) Sdn. Bhd  adalah sebuah syarikat bumiputra yang telahdi amanahkan oleh Kerajaan Negeri dengan usaha sama Majlis Perbandaran Sepang untuk menyediakan ruang niaga bagi peniaga - peniaga kecil dan serdahana berkonsepkan peniaga berkelompok dengan kadar sewa yang minimum disamping itu ianya dapat mempromosi daerah Sepang setaraf dengan daerah2 yang maju. Syarikat kami berusaha dan bergiat ingin memajukan dan menjana ekonomi Negeri Selangor khasnya dan satu Malaysia amnya. Dalam masa yang sama Panca Sirna (M) Sdn. Bhd mewujudkan konsep Membantu Rakyat. Secara amnya pada masa sekarang syarikat kami sedang begiat menjalankan perniagaan Up Town atau Bazar Larut Malam di pekan Banting dan ia adalah satu perniagaan membantu rakyat dari segi kos memulakan perniagaan yag rendah terutama bagi peniaga kecil dan masyarakat yang ingin menceburkan diri dala bidang perniagaan, suasana berniaga secara berkelompok, peniaga dapat membantu menjana ekonomi Negara dan keluarga. Dalam masa yang sama dapat merapatkan silahturahim antara peniaga dan masyarakat.

CIRI - CIRI UPTOWN

Up Toown ini akan menyediakan kanopi besaiz 20’ x 20’, ia mempunyai ruang laluan yang strategik, selesa dan luas untuk para pengunjung. Deretan lot akan dibina mengikut plan yang telah dirancang. Berhadapan dengan lot am akan disediakan satu (1) pentas dan memberi ruang dan keselesaan kepada para pengunjung khasnya jika pihak penganjur mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti forum perdana dan lain-lain. Bersebelahan pentas akan disediakan medan selera bukan sahaja memudahkan kepada para peniaga malah kepada para pengunjung dan juga pemandu-pemandu kenderaan berat amnya. Berdekatan pintu masuk Up Town pula akan disediakan lot peniaga menjual buah-buahan dan sebagainya sebanyak sepuluh (10) lot. Sebuah pejabat urusan akan menggunakan Pejabat Bergerak iaitu ‘Caabin’, sebuah surau berasingan lelaki dan perempuan. Tandas lelaki, tandas perempuan akan dibina berasingan dan berada di setiap sudut Up Town supaya memudahkan penggunanya.

Tempat Letak Kenderaan Berat dan Up Town Bandar Baru Salak Tinggi ini akan beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tempat ini juga akan menjadi kunjungan ramai dari luar daerah Sepang kerana dengan suasana yang menarik selain terdapat tempat membeli belah, medan selera, urutan refleksologi dan tradisional, permainan kanak-kanak, tempat letak kenderaan yang strategik dan penuh cirri-ciri keselamatan dan bnyak lagi. Dengan adanya tempat letak kenderaan berat da UP Town masyarakat juga dapat merapatkan silaturahim sesame keluarga, oenganjur dapat menjamin keselamatan individu pemandu dan keselamatan jalan raya khasnya kepada para pemnadu kenderaan berat dan member keselesaan pada pemandu untuk berehat dalam masa yang sama boleh menenangkan fikiran sambil beriadah. Ia juga dapat memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menjana ekonomi dan merapatkan semua peniaga di Malaysia. Kerjasama dari pihak Majlis Daerah Sepang juga kami alu-alukan supaya pihak kami Panca Sirna (M) Sdn. Bhd dapat menjalankan segala program dengan lancar.


GAMBAR- GAMBAR DI UPTOWN BBST.


                                            Laluan Jalan Yang Selesa

                                           Pintu Masuk Ke Uptown

                                                        Pentas

Medan Selera
                                                       


                                            Tempat Niaga Yang Selesa




Para Niaga Yang Telah Menjalankan Peniaga Di Tapak Uptown Kami



 

AKTIVITI 


Selain itu, kamu juga akan mengadakan aktiviti - akitiviti yang menarik di Uptown BBST kami.
Antara aktivitinya adalah:
  • Pertandingan Mewarna - Akan bermula pada 28/01/2011 pada pukul 4 petang. Dibahagikan kepada 3 kategori iaitu Kategori A (5 - 8 tahun ), Kategori B (9 - 11 tahun) dan Berkumpulan. Penyertaan adalah percuma. Pemenang akan diberi hadiah, sijil dan wang tunai.





  • Pertandingan Karaoke Irama 60 an - Saringan akan bermula pada hari sabtu (22/01/2011) pada pukul 9 malam. Irama 60 an sahaja. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Hadiah, sijil dan wang tunai akan disediakan.
Semasa 28/01/2011 pada hari jumaat akan diadakan event terbesar di malaysia dan pertunjukan yang menarik akan disediakan untuk menghiburkan para peniaga dan pengunjung sekali.

Antara pertunjukan yang akan disediakan adalah:
  • persembahan live band oleh d'CONSTANTLY.
  • persembahan Apache Fire
  • dan lain - lain lagi

Selain aktiviti dan persembahan disediakan, kami juga kan mengenakan cabutan bertuah pada setiap bulan dan pada hari kelapangan kami juga akan mengadakan karaoke terbuka kepada semua.




TEMPAHAN LOT TAPAK UPTOWN
Selain itu, kami juga menyediakan tapak atau lot untuk ditempah. kami juga menyediakan sewa harian kepada para peniaga yang ingin merasakan bahan perniagaan di uptown BBST. Sekiranya berminat sila hubungi nombor pejabat kami di talian 03-87062561 atau email kami di uptownsalaktinggi@gmail.com. Sekiranya ingin bertanya dengan lebih lanjut lagi, sila datang ke pejabat kami di:

NO 382, BLOCK C, 1ST FLOOR JALAN 6,
KOSMOPLEKS SALAK TINGGI,
43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. 


KEHADIRAN ANDA SEMUA AMAT KAMI ALUKAN.  SILA MERIAHKAN LAGI UPTOWN BBST DI SINI.







                                                 



                                                             




                                                                             



1 comment:

  1. Hehe... jika sama penganjurnya dengan Uptown Banting, akan jadi sama juga kepada uptown bbst sebagaimana yang terjadi kepada uptown banting. Sejarah takkan dilupakan orang...

    ReplyDelete